Saturday, March 24, 2012

Tanah...

Alhamdulillah, semalam dapat beli tanah berdekatan Plaza Tol Gombak pada keluasan yang sesuai untuk 3 lot rumah banglo, dan dapat lokasi tanah seperti yang diinginkan. Mungkin ini rezeki saya. Sejak sebulan lepas lagi berkomunikasi dgn agen tanah yg bagi tahu ada tanah untuk dijual kat Sungai Pusu berdekatan Plaza Tol Gombak. Masa tu saya berminat, tapi saya tak tahu macam mana nak kumpul ~RM200k untuk beli tanah tu sebab semua kena bayar terus, bukan melalui loan bank.

Kebetulan, Alhamdulillah, Abg Yie dan Kak Ros pun berminat dengan tanah kat situ. Lepas tu, tanya Adik Li, dia pun minat. Lepas semua confirm ada duit, 2 minggu lepas, saya call agen tanah tu. Tapi, agak hampa sebab dia bagi tahu sudah habis orang ambik.

Tapi Alhamdulillah, Selasa lepas, dia SMS bagi tahu ada lot yang kosong sebab ada orang yg sudah book tak mampu nak bayar. Rabu petang, lepas kerja saya pergi ke office dia di Maluri. Dapat semua info tentang tanah ni.

Tanah ni pegangan kekal selama-lamanya (freehold), bersebelahan dengan tanah kerajaan sebelah plaza tol gombak, dan tepi bukit dengan kecerunan tanah 30%. Agak cerun, tapi OK untuk banglo selepas datarkan setiap lot. Kalau buat rumah atas tanah ni, memang akan boleh nampak dari Plaza Tol Gombak. Accessablity pun agak senang sebab bersebelahan dengan jalan utama saja, dan bukan jauh ke belakang UIA sana. Cuma masalah adalah bagi saya bukit di belakang tu terlalu tinggi, dan saya takut kalau tanah runtuh boleh rosakkan rumah. So, daripada 4 lot (dgn saiz setiap lot ~20,000 kps) yang ingin dijual, saya kurang prefer lot belakang berdekatan bukit.

Hari Khamis, selepas siapkan banker's cheque, saya pergi untuk bayar deposit RM10k. Tapi, bila sampai sana, saya diberitahu oleh agen tu orang dah ambik dan bayar untuk lot depan yang saya berminat tu melalui agen lain. Tinggal lot belakang saja, yang saiznya paling besar sehingga 23,000 kaki persegi. Dikira dengan RM12 sekaki persegi, kosnya jadik ~RM300k. Call balik Abg Yie, Adik Li, hmmm... mereka susah sikit dengan kos banyak tu. Dan masalah dengan bukit kat belakang tu. So, takde rezeki, saya balik dengan tangan kosong...

Jumaat semalam, Alhamdulillah, masa discussion dengan students saya kat makmal, dapat SMS dari agen tanah tu lagi, bagi tahu tanah depan tu dah kosong balik. Saya call dia, dia bagi tahu tanah depan tu book dengan RM500 sahaja, dia mintak bayar 3% segera tapi tak dapat, so dia cancelkan org tu. Jadi lot depan tu kosong balik. Lepas habis discussion dlm pukul 6:45pm gitu baru saya tolak pergi office dia. Alhamdulillah, memang betul tanah yg kosong tu tanah yg kami semua nak. Dan mujur lagi, sebab ikut pelan terbaru, tanah ni kecik skit dari pelan asal ~21k kaki persegi, jadik ~17k kaki persegi saja, sebab dia besarkan lot belakang yg dekat dgn bukit sbb nak bagi ruang utk jalan kalau pemilik tanah tu nak buat jalan nanti pada masa depan. Pada ~17k kps, memang kami pun takde masalah sebab share 3 orang, so boleh bahagi 3 dgn keluasan 5k+ setiap orang. Kos yg kena keluar pun jimat dlm RM50k daripada perancangan awal. Alhamdulillah... memang rezeki kami rasanya...

Setelkan booking dan semua documentation, dan balik...

Masa balik tu, saya singgah sekejap semayang Maghrib di Masjid Klang Gate kat situ. Tapi pelik, kenapa dah pukul 8 lebih pun still ramai orang dan banyak sgt kereta parking berdekatan. Lepas semayang Maghrib, alang2, tunggu Isya' je lah terus. So, kebetulah ada orang bagi ceramah, macam menarik, so join je lah...

Rupa-rupanya, yang bagi ceramah tu adalah Ustaz Dato' Ismail Kamus. Patut aa menarik! Haha, rezeki kot ekk :)

2 comments:

Anonymous said...

NAK DESIGN BANGLO ALA2 NIHON, KONTEK2 LA SAYA YA ABANG JUSOH
:)

sheri

Abdul Razak said...

Salam Tn, I baru booking tnh dibelakang yg u cakap tu, kalau semua jadi insyallah kita berjiran sya boleh dihubungi/whatapps, pada 0192357009 maklum sya byk nak tanya ttg tanah tu jugak tks