Tuesday, July 22, 2003
Tapi bila dah sampai dekat sket ngn Nagoya Port station... org dah turun sket2... so ok aa sket. Buleh aa duduk gak jap (1 stesen jer) sebelum sampai Nagoya Port station. Kuwar jer... amik gambar video jap. Exchange cam ngan Kucai... paling blakang sket, rupe2nyer Pantrex (Hafiz Mamat), Ogor, Helmi, Apai, Pejal (Faizal) dah ade tak jauh dari exit no 3 subway tu. Kitorang reramai pi semayang kat "Nagoya Minato Kaikang" (Nagoya Port Public Hall)... kat situ pun ramai gak org. Semayang kat celah lift, kat depan bilik guard... tapi takde guard. Yg tak bestnyer, ntah Jepun mane aa tgk2 kat kitorang... alih2 ade org dtg tutup pintu situ... cakap takleh duk situ. Haram sungguh Jepun sorang nih... tapi ok gak, bebudak yg tak semayang lagi semayang jer kat luar tu. Lagi ok kot... org tgk gak... tapi sbb bukan tempat tersorok, org tak pandang pelik.
Siap semayang, lepak2 jap... then jalan ke kawasan port. Tetiba... DUMM!! DUMM!!! "Dah... start dah...!" Sampai kat area port tu, dah penuh org cam anak ayam dlm reban... celah2 sket... then dpt spot best utk amik gambar video (video Kucai). Start aa sesi penggambaran kat situ... same ngan Pantrex, Helmi ngan Apai. Pantrex, Ogor & Pejal dah ilang mane tak tau aa. Ramai sgt org ler... susah nak carik. Bila dah lame sgt kat situ... busan aa jugak. Gi depan sket, nampak Kucai ngan Pejal kat situ (lepak kat group Indon)... tapi bayang Ogor tak nampak plak. Dah ilang mane aa pulok budok nih. Tetiba dtg Usop, Ajan, Zu ngan Emi & (sape ntah nama die nih.. lupo aa). Jumpa spot best kat lantai situ utk duduk... penat dah berdiri... duk aa jap. Tak lama duduk tu... kuwar fireworks yg besar2... berDUMM DUMM bunyinyer! Tak lama lepas tu.. abis aa fireworks.
Then, gi McD bali air sbb dapat kupon JPY100 jer. Ingat nak beli float, tapi die tak jual aa mlm nih sbb ramai sgt org. Bebudak nih ade beli piza, 'takoyaki', etc. Aku tak beli ape aa... buat bazir duit jer. Sbelum dtg tadi baru jer beli 'bentou'... nak makan kat umah nanti buleh. Lepas tu ingatkan nak terus balik tapi sbb kena 'tarik' ngan bebudak ECE nih... ikut gak aa diorang pegi Sega City. Tak mein ape pon... aku jadik tukang tangkap gambar utk Kucai jer... (sbb tu aa diorang tanak aku balik kut... hampeh!). Dah busan kat situ... gi aa jejalan kat theme park sbelah tu... tgk couples ber'chuu' time naik buai. Yg kat tepi tu plak duk gaduh... bebudak laki kat tepi reramai tu plak duk gelak2 tgk awek2 kena cium kat dlm buai nu ha... aku tgk jer aa gelagat diorang. Erk... best gak kot cium awek sambil naik buai... femes kat Jepun nih. :P
Dah kol 10 gitu... balik aa. Takde aa crowded sgt subway tu... tapi cam biase aa... banyak ler couples yg berpeluk2an kat dlm tu ... sama cam time tgk fireworks tadi. Kalu buleh semer couple semer peluk2... tak tahan betull aa aku tgk. Mujur aa aku buleh sabor lagi. Nak wat camner... tunggu kawin lagi, buleh aa nak buat camtu pepuas! :)
Ape2 pun... cam best aa jugak... tapi cam busan aa jugak. Ape2, ape2 je lah.
Balik umah, tetiba tertidur sambil kepala kat dalam 'oshi-ire' (tempat letak barang) dlm bilik nih haa... mujur aa takde org bukak pintu, kalu ade..tersepit aa kpala aku. Penat sgt nyer pasal kot. Kul 1:30AM camtu terjaga... baru aa gi mandi n semayang Isyak. Then masak kari ayam sket... makan sambil tgk tv citer 'Boku dake no Madonna' (My only Madonna) yg Kucai rakam kat kom (tv recorder kat kom) tadi. Aku rase citer nih lagi best drpd fireworks tadi kot... tenang sket. :) [Ala... Jusoh jiwang aa nko!]
Jap tadi baru jer siap edit homepage bahagian home... buat header n footer, then edit news nyer table, alignment, etc. Lawa gak aa last skali. Cute!
Wassalam.
Sunday, July 20, 2003
Ada Apa Dengan Cinta
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Cinta ia tetap hadir,
ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan
tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
itulahcintaterulung.
Cinta adalah keabadian...
dan kenangan adalah hal terindah yg pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta
tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan..
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta...
Kita tidak pernah bisa memilih kapan kita jatuh cinta.
Kapan pun saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta
yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah
cita-cita sebelum cinta,
apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta
itu akan hadir
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cintajua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan...
Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
"Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.
Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu
tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang
secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia.
Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang
dan cinta terhadap sesama insan,
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan
hamba-Nya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita,
anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.
Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita
dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan
ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa.
Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan,
sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya.
Tetapi cinta itu ialah perkongsian
di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu
tidak kurang pentingnya dari anda.
Cinta kepada wanita itu ertinya alam,
kepada harta ertinya bakhil,
kepada diri sendiri ertinya bijaksana
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang
lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian
diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata-mata.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya.
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi
dan harus dilupakan.
Cinta tidak
selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Ape nak buat ari nih? Rasenyer cam nak settlekan bahagian "News" utk projek homepage tu pulak.. dah lama sgt dah main2 ngan news section, memacam masalah ade. Tapi PP code semalam tu cam best gak aa... cute news. Mmg cute n senang nak redesign sbb coding die simple sket compared to the previous one (PHP fusion). Ari nih musti siap gak the entire section for news, incuding full news page, comments page, archieve page, n kalu dapat the entire page for news submission and posting. Baru aa best. Then, kena tukar sket coding practice nampaknyer... nak buat header.php ngan footer.php aa pulok, senang sket page download for low bandwidth visitors... kesian diorang... penat nunggu page loading.
Okay, tu jer dulu matlamat utk ari nih, Insyaallah akan dicuba sedaya upaya utk dicapai. Wassalam.
Tuesday, July 15, 2003
Tgh lepak2 update MyStudents.org, tetiba teringat pasal insurance utk ke internship ys Miss Takayama suruh buat tu... alamak! Call Aida sbb ade hal sket pasal mende tu... spatutnyer call semalam nih, tapi terlupa... nak wat camner. Aida plak balik Malaysia esok... amik nko... "Erkk, tapi Izah ade kan... nko suruh jer aa Izah tolong buatkan." (Izah mane nih??? Aku pun tak kenal sape... kohai kot. Tapi nampaknyer cam die jer yg buleh tulunn kot... sape2 pun ok, asalkan semer benda settle by July 17th... tu jer). Senang jer aku... at least aku dah tunaikan pesan org. Settle satu keje. Mlm tadi dah settle antar surat kat Mr Maged pasal Showa-ward Festival utk NITIA participation tuh. Masalahnyer.., aku nyer jer yg tak settle lagi nih... insurance utk aku sendiri pun tak buat lagi. Yg paling hampeh, duit sewa rumah pun aku tak kira lagi... patut aa aku rase cam takde sgt duit (mmg takde duit pon), duit aku banyak kat org.. takleh claim sbb tak kira lagi brape banyak diorang kena bayar kat aku drpd sewa yg aku bayar kat landlord tuh ha.
Hmm... nih nak gi skolah settlekan insurance tu, nanti nak faxkan terus kat Takayama. Lepas tu buleh aa gi jejalan kat Osu ker... Sakae ker... erkk.. kalu gi Jusco yg baru bukak kat Atsuta tu pun best gak yek. Mane2 pun buleh aa... yg penting gi mandi dulu wa weeii!!! [Patut aa bau cam kambing 'jeruk' jer tadi...:P ]
Mlm tadi satu mlm duk bace guide pasal XML... lepas subuh gitu tgk2 Ja online kat SMS... ape agi, kacau aa kejap. Tapi sbb dah ngantuk tahap 'dewa naga' nyer pasal, terpaksa aa off kom sbelum dapat reply. Mmg sure Ja tgh tido nyer aa... dah kol 4 dah mase tuh. Cek2 Y! Msger jap tadi, rupe2nyer Ja tgh taip paper... fuyyo... sure sibuk cam 'mama ayam nak bertelur' skarang nih, maklumler... final year projek ler katekan. Ape2 pon.. gambatte neh! :)
Sunday, July 13, 2003
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )
Tuesday, July 08, 2003
Hmm... mapetang tadi (kol 6PM-9PM) pegi dinner kat Nagoya Hilton. He he... stendert aa... perabih duit Foreign Students Association. Best gak aa makan... banyak makan kek jer sbb banyak sgt mend yg takleh makan... nasik pun makan gak tapi cepat muak ler. Ape2 pun... mmg aa best! Bebudak nih pun best gak... walaupun semer datang pakai baju sempoi macam nak gi lepak kat karaoke jer... hampeh btul bebudak nih. Wat malu jer... ade ke lojik dtg hotel 5 bintang pakai seluar carik ngan kasut kotor... siap koyak agi tuh! Memang aa... sabor jer aa...
Okay aa.. tu jer... ngantuk cam 'anak ayam' dah nih... tak tido agi sejak balik tadi. Mlm tadi pun tido 4 jam jer (lab report nyer pasal aa nih)... ari nih plak kelas full dari pagi sampai petang. Penatnyerrr....
Wassalam.
Saturday, June 28, 2003
Lepas tu klas Circuit cam biase aa... salin nota & penin2 gitu aa... mujur aa last skali paham gak. Then antar report "gakusai" yg minggu lepas, semayang Jumaat... alih2 lepas semayang Kucai ajak makan briyani plak... ikut jer aa. Lagipun ramai member2 kebetulan gi makan, so pegi jer aa walaupun minggu lepas dah melayang JPY1000 (RM30) kat kedai same. Baru jer amik duit kat ATM tadi... dah mlayang agi... hmm... takpe aa, lapor nyer pasal. Nih tahap lapor ngalahkan 'hantu lampor' Ujang aa nih...
Kol 3.30 ptg gitu baru aa sampai rumah, semayang Asar, gi kelas balik... 4.30~5.50. Lepas tu gi lepak lebri wat lab experiment report ari tu. Kucai dah abis siap dah... aku baru jer setengah. "Takleh jadik nih, mUsti abis settlekan by mlm nih gak...", tu kate hati aku tadi aa... tapi last2 skali tak berjaya gak sbb lebri tutup kol 8.45, 8.30 dah start kuwar muzik halau dah... "Takpelah, tekpelah... aku paham sgt muzik tuh, mmg dah nak balik aa nih!"
Gi sambung Tadarus plak kat International Student House... kejar2 sbb diorang start kol 8.00 tuh. Aku plak yg lewat. Kol 9.00 gitu smayang Isya' berjamaah, then sambung ngan Tadarus agi sampai 9.30. Then, ade taklim sket... diikuti dgn... JENG JENG JENGGGGG!!! :::::MAKANNNNNNN:::::
Stendert aa... ari nih best woo... nasik kuning ngan gulai ayam... sayur skali! Bini Ayib yg masak... mmg dari skarang bini Ayib pegang kontrak masak utk majlis nih aa tetiap minggu. Kena bayar gak aa tapi... JPY1000 utk 4 kali makan. Menarik gak aa... kalu gi kedai Pakistan baru sepinggan briyani jer, kalu yg nih 4 talam nasik! Siap buleh tambah agi tu! Menarik... menarikk...
Lepas abis tu aku basuh periuk & talam semer aa... sambil borak2 ngan bebudak nih. Lepas abis semer gi borak kat korum Rusop plak... mmg best gak aa Tadarus mlm nih... banyak budak besar yg jadik kepala. Sbelum nih asyik bebudak nih jer yg buat kepala... tapi takde yg naik kepala agi aa.
Dah sampai umah, mandi jap... then Kringgg Kringgg... Kringg Kringggg!
Stendert aa... call Ja aa. Lama tak citer ngan Ja... dah 2 minggu kot. Slama nih call asyik keadaan tak sesuai jer... kejap duk dlm keta... the next day still duk dlm keta... the following week duk dlm bas plak (smalam)... banyak betul keta die. Siap ade bas agi! [Kekeke... lawok tak klakor] Tapi banyak gak aa citer kali nih... lama sgt tak citer nyer pasal kot. Pasal intership ler, pasal Ja gi jejalan Uptown & Bangsar last week, pasal Ja nyer final year project, pasal bebudak nih & Mie nyer resume... abah... Ja nyer makcik (Puchong, makcik: Telekom, pakcik: MAB), memacam ler. [12:00-12:45AM] Tak aa meleret2 sgt macam sebelum nih... melalut ntah ape2 nyer citer semer masuk.
Okay aa dulu, penat dah nih... nak minum mElo & tido plak. Esok nak sambung ngan lab report & stadi utk next week [July 2nd] nyer XM plak. Penting semer tuh utk masa depan, Insyaallah dunia & akhirat. Wassalam.
Friday, June 13, 2003
Lepas tu, tolong Kucai tulis dier nyer resume utk Sharp kat Tochigi. Ntak knape aa mamat sorang nih malas sgt, mende cam tu pun kena org pakse2. Kalau harap die nak buat sendiri jgn harap aa... takut ler, ape ler, semer ade. Biase aa... aku pun takut gak sengsorang nanti, tapi at least kalu ade Kucai dekat2 ngn Tokyo tu buleh gak aa ajak gi jejalan time cuti. Takde aa aku blank cam blanket sesorahg nanti...
Pagi tadi aku gi angkat & pasang khemah utk NITIA nyer gerai tu. Ntah ape2 aa bebudak tu, ntah brape org sgt je yg datang... haram sungguuh kapir2 nih! Harap aku, Nguyen, Islam, Falah ngan Yonaha tu jer aa yg angkat khemah & dirikan semer2. Yg lain mmg hampeh! Pradeep tu pun balik awal2 agi... ade keje katenyer. Mane nak dirikan pun tak tau... alih2 salah tempat mase awal2. Mujur aa aku buleh cool jer... memacam hal.
Tapi ok gak aa bila Elmi, Ayib, Atikah, Jamilah Sensei datang... (tapi diorang dtg nak menjual jer... aku yg dirikan khemah nih abis tenaga bodo cam tu jer a). Ape2 pon, ikhlas... ikhlas...
Thursday, June 12, 2003
Mlm tadi, aku bace aa pasal Mat Rusp nyer journal yg die bagi kat aku ari tu. Maklumler, nak klentong pon kena aa ade asas gak, mane buleh main klentong barai cam tu jer... "Ape baranggg!". Buku 'Electronic Devices & Circuit Theory' tu pun aku bace gak aa... nak tahu camner silicon fabrication kat Intel New Mexico. Then, carik sket bahan dlm internet... carik pasal doping, carbon, boron, phosporus, etc.
Dah nak tido camtu baru aa aku start nulih resume tu... sambil berbaring atas 'futon' (comforter). Pusing2... last2 skali siap gak aa resume tu aku tulih atas kertas conteng. Semer dlm bahase Jepun (tu yg susah tu). Sambil rujuk kat buku sket, Mat Rusop nyer journal sket, internet sket. Dlam kul 3:30AM gitu, Alhamdulillah, semer dah siap. Semayang Subuh, then tido.
Bangun kol 9:45 pagi tadi (then tido balik sampai kol 11 gitu kot) sambil tgk BBC News. Bila dah bosan sgt2 kat atas futon, bangun mandi aa pulok. Mandi, semayang Zohor, then sambung ngan resume smalam. Kali nih proses taip plak. Bila abis taip, scan gamba passport (bukan gamba aku jer... gambo Ja pun scan skali gak :) ), transfer ke komp aku, insert kat dlm resume tu. Then, bila dah settle check utk kali ke-8, buat attachment antor kat Takayama (MRI). Settle keje aku utk resume NEC nih. Lepas nih, banyak agi kot dokumen yg nak kena settlekan... musti banyak nyer aa. Borang perjanjian semer2... maklumlah, dapat duit nyer pasal, musti banyak mende aa...
Malam nih nak wat lab report plak. Esok awal2 pagi dah kena bangun utk angkat khemah utk NITIA nyer gerai kat NIT University Festival. Banyak betul keje aku sejak-2-menjak nih... memacam!
Wednesday, June 11, 2003
Tiba2 telefon bimbit di dalam poket jeans ku bergetar(vibrate... ape ntah perkataan dlm bahase Melayu), fikiranku yang tadi jauh merantau merentasi beberapa lautan kembali ke kelas. "Nih mesti Ayib nih, nak tanya pasal gerai jualan semasa University Festival hujung minggu nih", detik hatiku. Aku keluarkan telefon dari poket dan biarkan saja di tanganku... selepas 20 saat, "Please leave your messsage after the beep within 20 seconds". Tiba2, suara wanita Jepun yg menjawab, "I'm Miss Takayama from Mitsubishi Research Institute, this must be Ahmad Shuhaimi's cellphone. If you're free, please call me back at 03-3277-4501". Hatiku tidak sabar2 lagi menantikan kelas untuk berakhir lebih kurang 15 minit lagi.
Selepas siap memasukkan buku ke dlm beg, aku memainkan (replay) semula voice msg tadi sambil berjalan pantas ke International House. "Mesti ada perkara penting utk diberitahu", getus hatiku. Fikiranku mula memikirkan tentang resume yg aku hantar ke MRI (Mitsubishi Research Inst.) beberapa minggu lalu. Kucai yg di berjalan di sebelahku ibarat patung bernyawa, aku sendiri pun tidak faham apa yg sedang diperkatakannya. Benakku sedang asyik memikirkan panggilan tadi...
Sebaik saja tiba di lobi International House, aku pantas pergi ke tepi tingkap kerana di situ lebih sunyi. Tanganku mula mendail nombor tadi... "ring ring... ring ring...".
"Hello, this is International Project Department of Mitsubishi Research Institute, may I help u please...".
"Hello, may I speak to Miss Takayama please".
"Hold on please"...
"This is Yasuko Takayama speaking..."
"I'm Ahmad Shuhaimi..."
"Yeah, I leaved u a message just now. Thanks for calling me back. Actually, I want to inform you that u've been chosen at the first place for the internship program at NEC Corporation, congratulations. But, after checking your schedule... u've written in your first resume that you're free from July 20 till Aug 20. This internship is available from August 18 till 29."
"I've no problem for that"
"Is is okay?"
"Yeah, its okay... actually, my summer holiday is up to August 31. So, I'm available during the period."
"Okay, so I wanna inform u again about the internship program at NEC Corporation. U'll be placed at NEC Tamagawa, Kawasaki... just not so far from Tokyo. You'll have a room at NEC's hostel and all of your expenses'll be paid during the period. "
"Oh, I see..."
"So, I really appreciate if u could send me your 2nd year exam result certificate issued by your school by today. Please send by fax to me as fast as you can 'coz I'm gonna bring that certificate to NEC headquarter in Minato-ku, Tokyo this evening."
"Okay, I understand"
"Do you know my fax number?"
"Hmm... sorry I don't know..."
"Okay, I tell you... please get it noted somewhere, 03-3277-4503"
"Okay, 03-3277-4501. There're 2 Malaysian students for this program, who's the other one? May I know his/her name?"
"We've picked a girl for the second one, but I cud'n tell u yet her name 'coz I can't contact her phone at the moment. I need to ask her first whether she would like to join the program or not. If she can't, I'll pick another one."
"Oh, I see..."
"There'll be a lot of documents mailed to you so make sure u check your mailbox frequently. If there's anything u don't understand, please contact me directly."
"Okay, I undestand."
"That's all, hope to see u soon. Bye."
"Bye."
Sunday, June 08, 2003
Balik ke citer kat Meidaisai tadi, dah busan pusing2 gerai Jepun yg jual makanan yg nampak cam 'lazat' tu (semer haram nyer aa), last2 skali gi kat gerai Malaysia yg joint venture Ayib, Jamilah sensei & Op. Amik gambar sket2 kat gerai diorang... tetiba Op offer cekodok free... "He he... best.. best.., best sebab FREE!" Lepas tu aku beli aa (ape nama kuih nih haa... aku lupa daa) sebab diorang bagi murah sket. Harga asal JPY150, tapi dapat JPY100 jer... lazat gak :)
Mlm tadi plak tgk Matrix Reloaded. Aku tanak pi tgk sebenornyer, tapi sbb alih2 ramai plak nak pi tgk (Apis, Kucai n Kodek<--datang dari Gifu)... last2 skali aku tertewas gak aa. This's my first movie in Japan! Sbelum nih tgk DVD/DiVX/XViD jer... paling "saitei" pun videotape. Maklumlah, mane ade duit nak spend JPY1000 just for a movie, lagipun ade aa sbb nyer yg aku sorang jer yg tahu. Tu aa sbb utama sebenarnyer. Tapi takpe aa... (arghhh... aku rase bersalah giler nih!).
Bali umah semayang Isya', then Kucai jemput makan mee goreng... pedas tahap "dewa naga"! "Nko letak cili boh ke biji cili nih Kucai?" Mujur aa aku pandai 'betulkan' mee goreng die tu, aku letak gula & tambah garam sket... lepas tu ok gak aa. Makan ngn kentang goreng best gak! (Mane ade org makan mee goreng ngan kentang goreng dlm dunia nih...???
Saturday, June 07, 2003
Malam tadi cam biase aa... ari Jumaat malam, ade Tadarus cam biase kat Kaikan (International Student House Lobby). Ari nih special sket aa, jemaah Malaysia pun join skali. Most of the students nak kuwar jamaah time summer holiday nanti. Alhamdulillah... even most of them just wanna spend for 3 days. Jom buat jemaah Nagoya cam dulu jom!
Lepas tu... standard aa... borak2 ngan bebudak nih aa... tu jer aa chance nak jumpa n wat lawak bodoh ngan bebudak nih. Time weekdays jgn harap aa nak nampak muka. Semer sibuk cam "mak ayam nak bertelur"! Lepas tu, Mat Rusop ajak pi lab die. Ingatkan nak tunjuk die nyer research lagi cam dulu, rupa2 nyer nak bagi kat aku copy journal die yg die cakap ari tu. Dapat publish kat 'Japan Journal of Applied Physics, Vol. 42 (2003) pp. 2339-2344' tajuk 'Characterization of Phosphorus-Doped Amorphous Carbon and Construction of n-Carbon/p-Silicon Heterojunction Solar Cells'. Fuhh... tajuk panjang cam ular, org bukan semiconductor dengar sure tak paham nyer aa, bukan jer nak paham... nak ngeja pun tak tau kot! :P
Lepas tu memacam aa die citer pasal semiconductor nih sambil lepak kat depan main gate bangunan No.1 (kitorang panggil "ichi gou-kan"). Pasal mesin CVD yg diorang baru beli dari Jerman tu aa, nak kena ajar budak Nepal kat Chubu Univ. tu ler, pasal PLD (Pulsed Laser Deposition), ESR (Electron Spin Resonance) dan memacam ler... sampai ngantuk aku dengar. Die cam nak nampak aku ngantuk baru aa ajak balik... logik aa aku menguap, dah pukul 12:15 mlm dah time tu. Dah ler aku penat giler ari nih, kejar sane-sini... ari Jumaat biase aa, jadual full.
Wednesday, June 04, 2003
The story of nothing...
Lepas tu join Kucai gi shopping. Memula ingat nak gi Seiyu (supermarket), then Pradeep (member Sri Lanka) cakap ade kedai lagi murah dari Seiyu dlm 30 saat dari Brunswick... ape lagi, terus pi gledah aa (nama kedai tu Varlor). Rupe2nyer kedai tu dekat jer... mmg kalu merangkak dari Brunswick tu pun sampai kot. Slalu gak lalu situ time nak gi shopping kat Cocos, sbb Cocos lagi depan sket. Ari nih abis lagi JPY1,500 shopping bebarang dapur, smalam baru jer shopping kat Seiyu... abis dlm JPY500. Haiya... camner ngan plan nak budget JPY1,000 seminggu nih (mmg tak logik aa plan nih kalu pikir 8 juta kali).
Dah balik umah, lapar nyer pasal telan aa jer dulu gulai daging yg masak smalam... best woo! Lepas tu, busan nyer pasal tgk citer "Soalnya Siapa" dulu aa utk kali ke-8. Sampai jer part yg Joe tu, siap buleh tertido lagi... hampeh betul Joe, buat rosak citer jer... cam nak muntah jer kalu tgk die... "UWEKKK!!!"
Bangun tido lepas smayang Asar tu, sementara tunggu Maghrib masak "O-Konomi-Yaki" jap. Kebetulan terjumpa tepung die kat Varlor tadi, sajer aa cuba try beli nak test. Menarik aa jugak... home made, takde masuk mende2 yg haram / tak pasti. Dijamin 100% HALAL oleh New Zealand Dairy Board... eh silap... silap... mane ade board2 camtu kat Jepun nih, blackboard ngan whiteboard tu ade aa.
Mlm tadi pun still malas lagi nak blajar... (ape nak jadik ngan aku nih???) ... ntah ape aa ku buat. Last2 skali, sbb blank sgt, aku call aa famili kat Malaysia... best woo. Cakap ngan adik Ilmi, adik Solihin, adik Sani, MA, adik Fadhli, then sambung lagi ngan adik Sani... lepas tu ngan ABAH plak. Lame gak cakap tepon, dlm 120 minit lebih gak tadi. Memacam citer ade... adik Ilmi ngan krenah skolah die, adik Sani ngan hphone, adik Solihin ngan robot ASIMO die (he he... kuat betul pengaruh Jepun kat budak nih), MA citer pasal tanah (stendert aa... nak beli tanah nih), adik Li ngan SPM & study die (nape aa die nih tak semangat nak blajor... puas dah aku bagi nasihat!), aboh plak citer pasal krenah adik Li yg malas blajor... ish ish ish... risau gak aku dengar. Ade ke logik studi sambil tido? Tu tido... bukan stadi namenyer! Insaflah sket...
Monday, June 02, 2003
Hehe... lamer dok tulih e-mail ginning, nih first time sejok balik ari tu mo'o nyer. Bukang senang nok tulih dallang bahase Teganu ginning... rase macang duk Kg Telaga, Kuala Berang pulok.
Hoo... ape kabor semer? Harap2 sehat wal-afiat macam minyak afiat ler yek. Mie sehat cam minyak gamat jer... kekeke. Minyok afiat dah beku aa dlm alamari nu ha. Sehat cam biase jer, tapi sibuk jer melampau2 sket sejak-2-menjak nih. Oh yea, timer kasih semer doa utk Mie... XM Electromagnetics Wave pagi tadi ok kot... antara xm dlm keadaan paling mencabar stakat nih. Dahle kepala cam tak betul sket sejak akhir2 nih, dengan lab report agi melambak2 nak kena submit pagi tadi gak, demam agi, batuk agi.... memacam masalah. Mase masuk xm tadi rase cam dah nak terbalik dah sbb kepale peninn cam 'anak ayam' keracunan makanan jer... dah 3-4 ari tido kol 4 nyer pasal aa nih. Tapi last2 skali, Alhamdulillah... dari 4 soalan tu, 3 soalan Mie dah spot awal2 agi... dah siap buat skema semer dah. Stendert aa stadi sinning... semer main spot soalan jer. Ade keyakinan balik utk EM Wave sbb xm tadi ok... mlm tadi dah rase nak give-up dah... mujur aa Mie buat lagi 3 soalan sbelum tido malam tadi.... satu drpd tu kuwar. He he... Alhamdulillah.
Hmm... pendape agi nok kabbo takdi nih. Mase mandi takdi banyok sangat cerita kuwar dallang palle, bile buke komputer jer... semer ilang. Dah kena syampoo mo'o nyer. :)
Hooo... adik Li / sesape yg bace e-mail nih buleh tulunng kabbo ke die Mie nok alamat die kat SAS tu... nok antor buku nih. Kalu dapat no talipung skali pun buleh gok... senang sket nok call time boring2 nih. Maklumler, talipon free jer dari sini... kebetulan dapat offer IP Phone free dari Mie nyer Internet Service Provider (Yahoo! Broadband) sampai akhir bulan Nam nih... best aa nak kacau org nih!
Hoo... Wan(g), mane gambo hok aku kabbo ari tu hooo? Takdok pung mung reply kat aku nyer e-mail (shuhaimi81@yahoo.co.jp )... penat doh aku nunggu. Cepat2 aa sket yek... buleh aku tamboh gambo dallang almari aku nih. Ade agi ruang kosong sket2 tu.
Errmmm... ok ah dulu ekk... penat cam 'kambing gurun' sesat kat south pole dah nih. Ingat nok tido terus lepas balik lab petang tadi, tapi kalu tido tadi... sure pagi esok baru bangun nyer aa... maklumler, kambing gurun dah beku! Kekeke... ok lah, Mie nok tulih blog pulok kejap nih... kalu malas just copy & paste jer e-mail nih. Malas nok citer mende sama 2 kali.
Oklah, krim salam aa kat famili Allahyarham Pok Usop... Robina & Rostam semer2. "Kite nanti pon kat situ jugak". "Eh... takk. Tu kubur Ciner, kubur kite kat tempat lain..." Citer Soal Hati nyer skrip tuh :) Bye dulu yek semer... wassalam.
Natopherol
Then, dah penat2 lepak tu dlm kul 12 gitu aku bangun aa sbb dah bosan. Mandi, semayang Zohor n kejut Kucai (member serumah aku kat Nagoya nih, sebelah bilik jer). Tido lagi rupenyer budak nih... ingatkan dah bangun sbb smalam die bangun awal settlekan lab report ("jikken"). Ari nih best lak lepak2 agi... penat kot sbb pagi tadi die tido lagi lewat dari aku, ade silap kira katanya.
Dah tu, sbb lapor cam `anak ayam`, aku keluarkan aa ayam kat dlm peti ais tu... tapi takde idea nak masak ape. Sejak akhir2 nih malas sket nak masak sbb dah bosan ngan kari, tomyam, kurma, masak tomato yg slalu kau buat. Dah masuk tahun ke-3 dah duk rotate mende same. Busan... busann... Last2 skali, spagetti gak yg jadik pilihan aku. Nih pun dah busan gak aa sebenornyer... dah 2 minggu dah makan spagetti. Tapi sbb takde masa nyer pasal, telan jer aa.
Dah kenyang perut sampai menjilat jari kaki, baru aa aku lepak kat meja stadi... stadi aa beb! Nak wat mende agi. Tu jer aa tempat lepak paling best dlm idup aku. Nak lepak ngan awek... hmm... tunggu aa balik Malaysia 4 tahun agi. Kalu lepak ngn awek tak jadi stadi plak kang... sure jadik menda lain nyer aa. Tapi no comment aa... takde pengalaman stadi ngan awek aa... he he.
Nih dah kul 1:40AM dah nih... dah peninn duk layan EM Wave dari ptg tadi... aku lepak aa depan PC nih jap tulih blog utk tatapan nkorang... bace aa pepuas. Best gak ade mende nih, takde aa busan idup aku... at least buleh celoteh ngan diri sendiri... a nice place to view myself.
