Ada Apa Dengan Cinta
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Cinta ia tetap hadir,
ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan
tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
itulahcintaterulung.
Cinta adalah keabadian...
dan kenangan adalah hal terindah yg pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta
tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan..
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta...
Kita tidak pernah bisa memilih kapan kita jatuh cinta.
Kapan pun saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta
yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah
cita-cita sebelum cinta,
apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta
itu akan hadir
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cintajua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan...
Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
"Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.
Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu
tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang
secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia.
Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang
dan cinta terhadap sesama insan,
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan
hamba-Nya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita,
anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.
Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita
dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan
ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa.
Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan,
sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya.
Tetapi cinta itu ialah perkongsian
di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu
tidak kurang pentingnya dari anda.
Cinta kepada wanita itu ertinya alam,
kepada harta ertinya bakhil,
kepada diri sendiri ertinya bijaksana
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang
lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian
diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata-mata.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya.
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi
dan harus dilupakan.
Cinta tidak
selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
No comments:
Post a Comment