Tuesday, July 22, 2003
Tapi bila dah sampai dekat sket ngn Nagoya Port station... org dah turun sket2... so ok aa sket. Buleh aa duduk gak jap (1 stesen jer) sebelum sampai Nagoya Port station. Kuwar jer... amik gambar video jap. Exchange cam ngan Kucai... paling blakang sket, rupe2nyer Pantrex (Hafiz Mamat), Ogor, Helmi, Apai, Pejal (Faizal) dah ade tak jauh dari exit no 3 subway tu. Kitorang reramai pi semayang kat "Nagoya Minato Kaikang" (Nagoya Port Public Hall)... kat situ pun ramai gak org. Semayang kat celah lift, kat depan bilik guard... tapi takde guard. Yg tak bestnyer, ntah Jepun mane aa tgk2 kat kitorang... alih2 ade org dtg tutup pintu situ... cakap takleh duk situ. Haram sungguh Jepun sorang nih... tapi ok gak, bebudak yg tak semayang lagi semayang jer kat luar tu. Lagi ok kot... org tgk gak... tapi sbb bukan tempat tersorok, org tak pandang pelik.
Siap semayang, lepak2 jap... then jalan ke kawasan port. Tetiba... DUMM!! DUMM!!! "Dah... start dah...!" Sampai kat area port tu, dah penuh org cam anak ayam dlm reban... celah2 sket... then dpt spot best utk amik gambar video (video Kucai). Start aa sesi penggambaran kat situ... same ngan Pantrex, Helmi ngan Apai. Pantrex, Ogor & Pejal dah ilang mane tak tau aa. Ramai sgt org ler... susah nak carik. Bila dah lame sgt kat situ... busan aa jugak. Gi depan sket, nampak Kucai ngan Pejal kat situ (lepak kat group Indon)... tapi bayang Ogor tak nampak plak. Dah ilang mane aa pulok budok nih. Tetiba dtg Usop, Ajan, Zu ngan Emi & (sape ntah nama die nih.. lupo aa). Jumpa spot best kat lantai situ utk duduk... penat dah berdiri... duk aa jap. Tak lama duduk tu... kuwar fireworks yg besar2... berDUMM DUMM bunyinyer! Tak lama lepas tu.. abis aa fireworks.
Then, gi McD bali air sbb dapat kupon JPY100 jer. Ingat nak beli float, tapi die tak jual aa mlm nih sbb ramai sgt org. Bebudak nih ade beli piza, 'takoyaki', etc. Aku tak beli ape aa... buat bazir duit jer. Sbelum dtg tadi baru jer beli 'bentou'... nak makan kat umah nanti buleh. Lepas tu ingatkan nak terus balik tapi sbb kena 'tarik' ngan bebudak ECE nih... ikut gak aa diorang pegi Sega City. Tak mein ape pon... aku jadik tukang tangkap gambar utk Kucai jer... (sbb tu aa diorang tanak aku balik kut... hampeh!). Dah busan kat situ... gi aa jejalan kat theme park sbelah tu... tgk couples ber'chuu' time naik buai. Yg kat tepi tu plak duk gaduh... bebudak laki kat tepi reramai tu plak duk gelak2 tgk awek2 kena cium kat dlm buai nu ha... aku tgk jer aa gelagat diorang. Erk... best gak kot cium awek sambil naik buai... femes kat Jepun nih. :P
Dah kol 10 gitu... balik aa. Takde aa crowded sgt subway tu... tapi cam biase aa... banyak ler couples yg berpeluk2an kat dlm tu ... sama cam time tgk fireworks tadi. Kalu buleh semer couple semer peluk2... tak tahan betull aa aku tgk. Mujur aa aku buleh sabor lagi. Nak wat camner... tunggu kawin lagi, buleh aa nak buat camtu pepuas! :)
Ape2 pun... cam best aa jugak... tapi cam busan aa jugak. Ape2, ape2 je lah.
Balik umah, tetiba tertidur sambil kepala kat dalam 'oshi-ire' (tempat letak barang) dlm bilik nih haa... mujur aa takde org bukak pintu, kalu ade..tersepit aa kpala aku. Penat sgt nyer pasal kot. Kul 1:30AM camtu terjaga... baru aa gi mandi n semayang Isyak. Then masak kari ayam sket... makan sambil tgk tv citer 'Boku dake no Madonna' (My only Madonna) yg Kucai rakam kat kom (tv recorder kat kom) tadi. Aku rase citer nih lagi best drpd fireworks tadi kot... tenang sket. :) [Ala... Jusoh jiwang aa nko!]
Jap tadi baru jer siap edit homepage bahagian home... buat header n footer, then edit news nyer table, alignment, etc. Lawa gak aa last skali. Cute!
Wassalam.
Sunday, July 20, 2003
Ada Apa Dengan Cinta
Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Cinta ia tetap hadir,
ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan
tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
itulahcintaterulung.
Cinta adalah keabadian...
dan kenangan adalah hal terindah yg pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta
tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan..
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,
ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat.
Apa pun cinta itu buta...
Kita tidak pernah bisa memilih kapan kita jatuh cinta.
Kapan pun saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta
yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata
tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
Tangisan juga bukanlah pengubat cinta
kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah
cita-cita sebelum cinta,
apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta
itu akan hadir
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cintajua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan
dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut,
pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan...
Cinta pertama adalah kenangan.
Cinta kedua menjadi pengajaran.
Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya.
Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
"Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci?
Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.
Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa,
dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu,
sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu
tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka,
barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak.
Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang
secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat.
Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia.
Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang
dan cinta terhadap sesama insan,
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan
hamba-Nya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.
Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api,
apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita,
anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.
Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita
dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan
ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa.
Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan,
sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata untuk memiliki sepenuhnya.
Tetapi cinta itu ialah perkongsian
di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan
bahawa diri orang yang anda cintai itu
tidak kurang pentingnya dari anda.
Cinta kepada wanita itu ertinya alam,
kepada harta ertinya bakhil,
kepada diri sendiri ertinya bijaksana
dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan
tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
Kahwinilah orang yang
lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai
tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian
diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang,
bukanlah dari pemberian semata-mata.
Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya.
Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu
umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi
dan harus dilupakan.
Cinta tidak
selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Ape nak buat ari nih? Rasenyer cam nak settlekan bahagian "News" utk projek homepage tu pulak.. dah lama sgt dah main2 ngan news section, memacam masalah ade. Tapi PP code semalam tu cam best gak aa... cute news. Mmg cute n senang nak redesign sbb coding die simple sket compared to the previous one (PHP fusion). Ari nih musti siap gak the entire section for news, incuding full news page, comments page, archieve page, n kalu dapat the entire page for news submission and posting. Baru aa best. Then, kena tukar sket coding practice nampaknyer... nak buat header.php ngan footer.php aa pulok, senang sket page download for low bandwidth visitors... kesian diorang... penat nunggu page loading.
Okay, tu jer dulu matlamat utk ari nih, Insyaallah akan dicuba sedaya upaya utk dicapai. Wassalam.
Tuesday, July 15, 2003
Tgh lepak2 update MyStudents.org, tetiba teringat pasal insurance utk ke internship ys Miss Takayama suruh buat tu... alamak! Call Aida sbb ade hal sket pasal mende tu... spatutnyer call semalam nih, tapi terlupa... nak wat camner. Aida plak balik Malaysia esok... amik nko... "Erkk, tapi Izah ade kan... nko suruh jer aa Izah tolong buatkan." (Izah mane nih??? Aku pun tak kenal sape... kohai kot. Tapi nampaknyer cam die jer yg buleh tulunn kot... sape2 pun ok, asalkan semer benda settle by July 17th... tu jer). Senang jer aku... at least aku dah tunaikan pesan org. Settle satu keje. Mlm tadi dah settle antar surat kat Mr Maged pasal Showa-ward Festival utk NITIA participation tuh. Masalahnyer.., aku nyer jer yg tak settle lagi nih... insurance utk aku sendiri pun tak buat lagi. Yg paling hampeh, duit sewa rumah pun aku tak kira lagi... patut aa aku rase cam takde sgt duit (mmg takde duit pon), duit aku banyak kat org.. takleh claim sbb tak kira lagi brape banyak diorang kena bayar kat aku drpd sewa yg aku bayar kat landlord tuh ha.
Hmm... nih nak gi skolah settlekan insurance tu, nanti nak faxkan terus kat Takayama. Lepas tu buleh aa gi jejalan kat Osu ker... Sakae ker... erkk.. kalu gi Jusco yg baru bukak kat Atsuta tu pun best gak yek. Mane2 pun buleh aa... yg penting gi mandi dulu wa weeii!!! [Patut aa bau cam kambing 'jeruk' jer tadi...:P ]
Mlm tadi satu mlm duk bace guide pasal XML... lepas subuh gitu tgk2 Ja online kat SMS... ape agi, kacau aa kejap. Tapi sbb dah ngantuk tahap 'dewa naga' nyer pasal, terpaksa aa off kom sbelum dapat reply. Mmg sure Ja tgh tido nyer aa... dah kol 4 dah mase tuh. Cek2 Y! Msger jap tadi, rupe2nyer Ja tgh taip paper... fuyyo... sure sibuk cam 'mama ayam nak bertelur' skarang nih, maklumler... final year projek ler katekan. Ape2 pon.. gambatte neh! :)
Sunday, July 13, 2003
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )
Tuesday, July 08, 2003
Hmm... mapetang tadi (kol 6PM-9PM) pegi dinner kat Nagoya Hilton. He he... stendert aa... perabih duit Foreign Students Association. Best gak aa makan... banyak makan kek jer sbb banyak sgt mend yg takleh makan... nasik pun makan gak tapi cepat muak ler. Ape2 pun... mmg aa best! Bebudak nih pun best gak... walaupun semer datang pakai baju sempoi macam nak gi lepak kat karaoke jer... hampeh btul bebudak nih. Wat malu jer... ade ke lojik dtg hotel 5 bintang pakai seluar carik ngan kasut kotor... siap koyak agi tuh! Memang aa... sabor jer aa...
Okay aa.. tu jer... ngantuk cam 'anak ayam' dah nih... tak tido agi sejak balik tadi. Mlm tadi pun tido 4 jam jer (lab report nyer pasal aa nih)... ari nih plak kelas full dari pagi sampai petang. Penatnyerrr....
Wassalam.